Wednesday, July 27, 2011

Pelancaran Ihya' Ramadhan 1432H

Montaj pelancaran Ihya Ramadhan :



DISEMPURNAKAN OLEH :

PN KHAMISAH NOOR BINTI MD ZIN.
( GURU BESAR SKPP 9(2) )

TENTATIF PELANCARAN BULAN RAMADHAN

7.30 pagi : Ucapan Pengerusi

Bacaan Yaasin

Pelancaran Ihya’ Ramadhan dan

:Laman blog Panitia Pendidikan Islam

( oleh Guru Besar SKPP 9(2) )

: Ucapan Pn Khamisah Noor Md Zin

Ceramah Persiapan Ramadhan

Solat Hajat dan Solat Hajat

8.45 pagi : Majlis Bersurai


AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

SEPANJANG BULAN RAMADHAN :

1. Pelancaran Ihya’ Ramadhan

2. Risalah Ramadhan

3. Tadarus al-Quran

4. Majlis Khatam al-Quran

5. Program Sarjana Ramadhan TAHUN 5

6. Tazkirah Mubarak

7. Nur pagi & Asmaul Husna

8. Tabung Ramadhan

9. Ceramah Nuzul al-Quran

10. Solat Hajat Perdana

11. Hari Apresiasi Ramadhan

12. Pertandingan Busana Islam Tahun 4 dan Tahun 5




post by : Mohd Norhan bin Mohd Hanif

Friday, July 22, 2011

INTISARI PROGRAM DI BULAN RAMADHAN


Pada 21 Julai Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan mesyuarat sempena bulan Ramadhan yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 26 Ogos 2011, bersamaan 27 Syaaban hingga 27 Ramadhan 1432H. Tema bulan Ramadhan pada kali ini ialah :

“BERSAMA MENGIMARAHKAN RAMADHAN”


Pelbagai program telah di atur sepanjang bulan ramadhan ini antaranya :

1. Tadarus Al-Quran
- kumpulan guru
- kumpulan murid

2. Tazkirah mubarak yang akan disampaikan pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

3. Risalah Ramadhan

4. Alunan nasyid dan asma ul husna sebelum loceng berbunyi.

5. Ceramah khas sempena Nuzul Quran.

6. Hari Apresiasi Ramadhan :

- pertandingan busana Islam.
- "Kelas Sarjana"

7. Majlis khatam Al-Quran, Iftaz Jamae dan Solat Hajat Perdana.

Di harap agar segala rancangan yang diatur dapat berjalan dengan baik seterusnya dapat memberi kesan kepada anak-anak murid kami..aminnn.

KEJAYAAN TERUS DILAKAR..

Pada 16 Julai yang lalu telah diadakan Ihtifal KAFA yang telah berlangsung di SK Putrajaya Presint 14. Peserta daripada SKPP 9(2) juga mengambil bahagian. Alhamdulillah pelbagai kejayaan telah dicapai antaranya :

- tempat pertama Tilawah Al-Quran
- tempat pertama Bercerita Perempuan
-tempat ke-2 Pertandingan Nasyid

Tahniah.....



Adik Haris Lokman
Tempat Pertama Tilawah Al-Quran


Guru-guru yang terlibat dengan pertandingan dari kiri Ustz Hasyimah binti Yusuf, Us. Haris ( Guru Nasyid), Guru Besar Pn Khamisah Nor binti Md Zin, Ustz Asmidar dan Ustz rafidah, serta Ustaz Zaki bin Mohd Diah.

Terima kasih diatas penat lelah dan komitmen yang telah diberikan...

Buat pemenang tahniah diucapkan...moga beroleh kejayaan berterusan insyaallah..


usaha giat dijalankan untuk mencari pelapis baru di masa akan datang....


tempat pertama bercerita perempuan

Thursday, July 21, 2011

Tawaran dan bonus hebat menanti anda

Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di wajah murid-murid bila diberitahu bulan ramadhan semakin hampir. Pelbagai persoalan puasa diajukan untuk membolehkan ibadah kali ini lebih baik dari sebelumnya dan yang paling penting tidak ketinggalan dengan tawaran dan bonus hebat yang Allah sediakan.



Wah banyak tu...bersedialah dengan hati yang gembira untuk berjumpa dengan bulan yang :

awalnya rahmah
pertengahannya maghfirah
dan penghujungnya pembebasan dari api neraka
.

JANGAN LUPA BUAT PERSEDIAAN YANG SECUKUPNYA...

Thursday, July 14, 2011

Nisfu Syaaban


Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Nabi s.a.w. telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat, dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib.

Tuesday, July 12, 2011

Sya'ban dan Persiapan menjelang RAMADHAN


Bulan Sya'ban adalah bulan yang ke lapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Sya'ban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Sya'ban kerana di bulan ini masyarakat Arab ketika itu bertebaran ke merata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Membuat persiapan untuk memasuki Ramadhan

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Antara persiapan yang dapat kita lakukan –malah perlu kita lakukan- sebelum menjelang Ramadhan ialah;

1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.



2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa



3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.



4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.

5. Memperbanyak Berzikir dan Berdoa.


6. Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar.

Moga kita mendapat keberkatan dan rahmatnya pada ramadhan tahun ini...aminnn..

Friday, July 8, 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah







SKPP 9(2) sangat berbangga menjadi antara 2 sekolah terpilih di Putrajaya mewakili matapelajaran pendidikan islam di MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN DAN PERATURAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) yang berlangsung pada 8 Julai 2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bangi, Selangor.



Majlis disempurnakan oleh
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin.


Pbs ( pentaksiran berasaskan sekolah )

Transformasi kurikulum memberi penegasan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan pelbagai kaedah pentaksiran bagi membolehkan penilaian yang lebih autentik (dapat dipercayai /asli dan tekal) dan holistik.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersifat formatif dan sumatif serta dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.


Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.