Tuesday, March 30, 2010
TAHNIAH KEPADA PEMENANG MTQ
Tahniah buat peserta MTQ sekolah yang telah memenangi pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Putrajaya 2010 pada Sabtu lalu.Dengan usaha dan komitmen guru dan murid telah membawa kepada kejayaan.
Keputusan MTA 2010 :
1. Johan Tilawah Lelaki :
2. Naib Johan Tilawah Perempuan :
3. Tempat ke - 3 Pertandingan Bercerita :
4. Naib Johan Pertandingan Bercerita Perempuan :
Friday, March 26, 2010
Pra Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran
Latihan Majlis Tilawah Al-Quran
Monday, March 15, 2010
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru dari warga skpp9(2) buat dua mempelai Us. Abd Haris & Nur Ain pada 14 Mac 2010.Doa kami semoga berkekalan dan berbahagia selama-lamanya.
Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding
Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
Friday, March 12, 2010
Cuti Sekolah Datang Lagi....
Hari Jumaat ramai murid tersenyum gembira apabila ditanya esok hari apa.Jawapannya adalah sama, hari untuk bercuti...
Guru-guru pendidikan islam ingin mengucapkan selamat bercuti dan ini ada beberapa tip untuk mengisi masa cuti bagi yang tercari-cari apa nak buat...
Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah :-
* Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
* Pergi melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama. Kalau kurang mampu, pergi sahaja berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
* Bersukan atau bermain bersama atau belajar bermain permainan tradisional.
*Menonton cerita bersama-sama keluarga. Apabila menonton televisyen bersama, berbincang tentang pengajaran cerita atau rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
* Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
* Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, pergilah ke sana dan tanamkan tabiat suka membaca
* Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama ibubapa,pilih sebarang tajuk dan adalah baik sekiranya dapat dikumpul maklumat tersebut dengan teratur agar dapat mencipta perpustakaan internet sendiri didalam komputer anda.
* Menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan
MOGA-MOGA KITA DAPAT MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH KALI INI DENGAN BAIK...
Thursday, March 11, 2010
Panitia Pendidikan Islam SKPP9(2)
Panitia Pendidikan Islam skpp 9(2)
STRUKTUR DAN ORGANISASI
1. Panitia Pendidikan Islam adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan guru-guru beragama Islam.
2. Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panatia oleh Guru Besar.
3. Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam secara otomatik akan menjadi ahli-ahli Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panatia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panatia dengan Guru Besar.
4. Keputusan-keputusan yang diambil oleh panatia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panatia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.
TUJUAN PANITIA
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panitia Pendidikan Agama Islam bagi pencapaian matlamtnya :
1. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap Pembelajaran.
3. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada
sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.
4. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Agama Islam
dengan Persatuan Agama Islam dan persatuan-persatuan yang lain.
OBJEKTIF
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
1. Melahirkan seorang pelajar yang boleh membaca al-Quran, memahami, mengamali dan menghayati ajaran al-Quran.
2. Seorang pelajar yang sentiasa menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.
3. Seorang yang dapat menunaikan sembahyang setiap waktu.
4. Seorang yang dapat mengamali akhlak dan cara hidup Islam yang betul.
5. Seorang pelajar yang beradab , berakhlak dan bersopan di dalam pergaulan dan
perhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
6. Seorang pelajar yang cemerlang dari segi pemikiran dan ilmunya.
7. Seorang pelajar yang dapat membentuk diri sebagai insan yang soleh dan bertakwa.
8. Seorang pelajar yang berperanan sebagai pendakwah yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta membenci kepada kemungkaran.
9. Seorang pelajar yang sentiasa bersyukur, kuat cita-cita dan sentiasa berfikir untuk kebaikan.
10. Seorang pelajar yang cintakan Allah dan Rasul.
Subscribe to:
Posts (Atom)