Selamat Pengantin Baru dari warga skpp9(2) buat dua mempelai Us. Abd Haris & Nur Ain pada 14 Mac 2010.Doa kami semoga berkekalan dan berbahagia selama-lamanya.
Beli gula di pekan baru Berbalut kertas merah kuning Sila-sila pengantin baru Dua sejoli jalan berganding
Di dalam dulang berisi sagu Sagu dimakan burung merpati Jangan bimbang jangan ragu Hidup baru kini menanti
Mawar merah harum mewangi Jambangan digubah berseri-seri Doa restu kami iringi Baik berpakat suami isteri
No comments:
Post a Comment