Program Sambutan Maulidur Rasul
bagi tahun 2014 telah diadakan pada 24 Januari 2014 hari jumaat bertempat di
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)
.Program ini dijalankan bertujuan
untuk menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada rasulullah(saw) dikalangan
warga SKPP9(2) khususnya para pelajar.
Diantara objektif Program
Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah supaya warga SKPP9(2) khususnya pelajar
dapat menghayati dan mencontohi perjuangan
rasulullah (saw), mengukuhkan keimanan mereka dan memberi kesedaran tentang betapa pentingnya kelahiran
baginda saw kepada dunia ini.
Program bermula pada jam 7.30
pagi hari jumaat di mana semua pelajar berkumpul di dataran sekolah. Majlis
dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Norhan diikuti dengan taklimat
ringkas oleh Ustaz Mohd Zaki.
Pada pukul 8.00 pagi perarakan
berbaris mengikut kelas masing-masing. Guru yang bertugas membuat penilaian dan
memberi markah kepada pelajar yang
merekacipta sepanduk yang terbaik. Kemudian, perarakan bermula dan diketuai oleh Ustaz Mohd Zaki, diikuti oleh
para guru dan pelajar sambil berselawat kepada nabi Muhammad(saw). Para pelajar
begitu bersemangat mengikuti perarakan
sambil membawa sepanduk yang dihias dengan begitu cantik mengikut tahun
masing-masing.
Pada jam 9.00 pagi, para pelajar
berkumpul semula di dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi bin Ahmad. Ceramah yang disampaikan
penuh bersemangat serta menarik minat pelajar.
Selepas slot ceramah, semua warga
SKPP9(2) berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Ustaz
Asrolizani. Selepas bacaan solat, pelajar dikehendaki ke kantin untuk menikmati
juadah yang disediakan oleh pihak sekolah. majlis penyampaian hadiah bagi
pemenang perarakan dan rekabentuk sepanduk diadakan pada minggu berikutnya.Majlis
bersurai pada jam 10.30 pagi.
No comments:
Post a Comment