Pada 16 Julai 2010 yang lalu Panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis sambutan Israk dan Mikraj. Tema pada tahun ini ialah "PENGHAYATAN ISRAK DAN MIKRAJ PENJANA mODAL INSAN BERKUALITI" . Pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan untuk murid dan guru.
Majlis telah berjalan dalam dua sesi, sesi tahun Pra sekolah, satu dan dua, dan sesi dua tahun 3 hingga 5.
Ceramah untuk sesi pertama telah disampaikan oleh ust. Adilah binti Md Nor dan sesi kedua disampaikan oleh ust Rosmarina.
Majlis juga diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Haris dan penyampaian nasyid serta kuiz..
Pada sambutan kali ini ceramah menekankan betapa kepentingan solat didalam diri setiap muslim...di samping menanam sifat tanggungjawab dalam diri murid-murid.