KOLEKSI DOA



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Hari Orientasi pelajar-pelajar Baru sesi (2008) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Ya Farijal hammi wa ya kasyifal ghommi
Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan dapat memandu kami ke arah kecemerlangan diri yang lebih gemilang . Dan jadikanlah pelajar-pelajar kami yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Janganlah Engkau jadikan pelajar kami yang hanya berpuas hati dengan apa yang diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ





DOA HARI GURU 2012





َالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّين َوَعَلَى آلِهِ َوَأصْحَاِبهِ َأجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami bersyukur kerana pada pagi Ini,
engkau izinkan kami warga SKPP 9(2)
untuk bersama-sama berkumpul, sebagai tanda perpaduan,
seterusnya menadah tangan bermunajat kepadamu,
sebagai tanda pengabdian.

Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim.
Ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami dan dosa guru-guru kami.
Sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun,
lagi maha mengasihani.

Ya Allah! Ya Alim, Ya Khabir!
Sempena Hari Guru pada tahun ini,
Kami memohon ke hadrat mu Ya Allah,
          Berkatilah segala usaha guru-guru kami,
          ganjarilah pengorbanan dan susah payah mereka mendidik kami,
                   sebagaimana ganjaran yang engkau kurniakan
                   kepada para rasul dan para nabi.

Ya Allah! Ya Qahhar, Ya Jabbar!
Kurniakanlah petunjuk kepada guru-guru kami,
          agar mereka sentiasa berdedikasi dan tinggi integriti.
Kurniakanlah kekuatan kepada guru-guru kami,
          agar mereka dapat menangani segala karenah kami.
Kurniakanlah jua Ya Allah, kesatuan kepada guru-guru kami,
          agar mereka sepakat bekerja dan bersatu hati.

Seterusnya ya Allah!
Jadikanlah mereka guru-guru yang berinovasi sentiasa,
bagi melonjakkan transformasi pendidikan negara kami yang tercinta,
Selaras dengan tema yang disambut bersama,
          iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara



DOA SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa  berusaha  bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


DOA MESYUARAT 
 
Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu.
Ya ALlah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai amal ibadat kami kepadaMu.


DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)
                       

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



DOA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG :



اَلـحَمْدُ ِللهِ  ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ،  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam  majlis yang bersejarah ini iaitu:
Majlis Kecemerlangan  Sekolah ………………………………………. tahun 2011 .

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di bumi putrajaya yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.    

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على خير خلق الله وخاتم الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين   والحمد لله رب العالـمين




DOA KESEJAHTERAAN :


لْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .


Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari segala keburukan.
Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami, sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa kepada kami.

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ


DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN :


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ .
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama Tuhan yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu, baik di bumi mahupun di langit dan ia maha mendengar dan maha mengetahui.

Ya Allah , Ya Qaadialhaajat , Ya Raafi’addarajaat ,

Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki. Mudahkanlah urusan peperiksaan kami Ya Allah.
Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya

Ya Allah Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya

Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ