Wednesday, August 31, 2011

HARI APRESIASI RAMADHAN






Pada hari Jumaat 28 Ramadhan 1432H, telah diadakan upacara penutup program panitia pendidikan islam HARI APRESIASI RAMADHAN.

Majlis bermula dengan bacaan yaasin dan doa. Seterusnya majlis dipengerusikan oleh Ustazah Hashimah binti Yusuf.

Murid yang telah tepilih dari setiap kelas memperagakan pakaian masing-masing.

Majlis kemudiannya didendangkan dengan nasyid dari kumpulan murid perempuan yang baru ditubuhkan di bawah kelolaan Us Abd Haris.

Seterusnya penyampaian sumbangan murid kurang berkemampuan dan yatim piatu telah disampaikan oleh GPK 1 Pn Roslina.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah program-program yang telah dijalankan semasa bulan ramadhan.

Tidak ketinggalan pengumuman kejutan hadiah untuk pemenang pakaian guru paling menawan. Pemengan guru lelaki jatuh kepada Cikgu Ifzad Adeli dan Guru perempuan Cikgu Hamidah. Tahniah diucapkan...

Hari Apresiasi Ramadhan berakhir dengan semua murid bersalaman dengan guru.

Dengan itu berakhirlah sudah program ramadhan 1432H. Saya Mohd Norhan bin Mohd Hanif dan Ustz Nurul Ainani selaku pengarah program mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.Moga berjumpa di tahun hadapan insyallah. Harapan agar amalan ramadhan kita diterima Allah..aminnn....

Wednesday, August 24, 2011

Majlis Khatam Quran 1432H


Amalan membaca Al-Quran sudah tidak asing lagi di bulan Ramadhan ini. Ganjaran dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah menyebabkan kita berebut untuk mendapatkannya.

Pada hari Rabu, 24 Ogos telah diadakan Majlis KhatamAl-Quran peringkat sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin diketuai oleh Us Asrolizani bin Abdullah.


Majlis Berbuka Puasa


bacaan yasiin dan tahlil diketuai oleh Ust. Mohd Zaki bin Mohd Diah

Pn. Guru Besar menyampaikan sumbangan kepada murid yang mengidap penyakit

Pada Hari Isnin, 22 Ogos 2011 Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di dataran sekolah SKPP 9(2).

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan yaasin oleh Us Mohd Zaki bin Mohd Diah.


waktu berbuka


Solat maghrib telah di imami oleh Ust. Mohd Norhan


Solat Isya' dan tarawih diimamkan oleh Ust. Abd. Haris


tazkirah ringkas disampaikan oleh Ust. Mohd Norhan bin Mohd Hanif

Ucapan terima kasih buat semua yang telah menjayakan majlis Berbuka Puasa pada kali ini.





Sunday, August 21, 2011

KUIZ SARJANA RAMADHAN 1432H AKHIR






Pertandingan akhir Kuiz Sarjana Ramadhan yang berlangsung pada hari jumaat 19 Ogos yang lalu telah berlangsung di bilik audio visual SKPP 9(2).

Peserta daripada kelas 5 Cendikiawan dan 5 Dedikasi telah berjaya ke pusingan akhir.

Pada pusingan awal, peserta kelas 5C telah mendahului, walaubagaimanapun peserta kelas 5D dapat menjawab dengan tepat di dalam pusingan pantas jawi.

Peserta kelas 5C kemudiannya cuba untuk mengejar dan mereka dapat menyamakan kedudukan semasa pusingan aktiviti berkumpulan. Perasaan gemuruh menyebabkan peserta 5D ketinggalan.


Akhirnya keputusan di adili dengan pusingan cepat jawab. Peserta ditanya soalan-soalan tentang pengetahuan am. Ternyata peserta kelas 5C lebih dahulu menjawab dengan cepat dan tepat.

Akhirnya kelas 5C menjuarai Kuiz Sarjana Ramadhan 1432H. Bagi peserta kelas 5D usaha dan kesungguhan mereka semasa kuiz tersebut harus dipuji...Tahniah diucapkan..
.

Thursday, August 18, 2011

Mini Jualan Ramadhan

Kemeriahan Ramadhan di SKPP 9(2) berterusan dengan Mini Jualan Ramadhan yang bertempat di bilik guru SKPP 9(2). Pelbagai barangan terdapat untuk jualan seperti sos masakan, buku-buku bercorak keislaman, kuih raya, kerepek, air kordial dan lain-lain lagi. Jualan akan berlangsung selama ramadhan kali ini.

Ramai guru yang tidak melepaskan peluang untuk melihat barangan yang terdapat di sana. Apabila di tanya kepada sebahagian guru yang membeli barangan di Mini Jualan Ramadhan, rata-rata memberikan sebab mudah, murah dan tidak perlu bersesak-sesak di tempat-tempat jualan di luar untuk mendapatkan barangan untuk hari raya nanti.





Nuzul Al-quran


Pada 17 Ogos 2011, telah diadakan program "memperingati Nuzul Al-Quran".
Ia telah diadakan di tapak perhimpunan selepas bacaan yaasin yang diketuai oleh salah seorang murid tahun 6. Ceramah telah disampaikan oleh Ustz. Rahifah binti Sulong


Bacaan yaasin diketuai oleh murid tahun 6

Adik Ahmad Syahmi Asyraf murid tahun 1 Bestari membaca sebahagian surah Yaasin secara hafazan walaupun masih lagi membaca Iqra' 4. Tahniah diucapkan..

Ustz Rahifah menyampaikan ceramah beliau



Risalah Nuzul Quran juga diedarkan





Saturday, August 13, 2011

Aktiviti Zuhur


Selepas waktu persekolahan pada jam 1.15 petang, murid-murid dan guru-guru tidak ketinggalan mengimarahkan surau dengan solat Zuhur berjemaah. Setiap hari ruang surau penuh dengan kehadiran murid-murid dan guru-guru yang tidak mahu ketinggalan untuk solat berjemaah bersama-sama.
Selepas solat Zuhur, tazkirah pendek yang disampaikan oleh ustaz-ustaz menarik minat ramai murid dan guru. Tazkirah yang disampaikan sangat menarik dan berinformasi. sesi soal jawab juga diadakan untuk merungkai persoalan dan permasalahan tentang puasa.




ruang solat sentiasa penuh....


Ustaz Zaki dengan cara beliau yang tersendiri, tazkirah beliau sentiasa dinantikan oleh murid dan guru.


antara guru yang hadir untuk solat berjemaah sedang mendengar tazkirah dari Ustaz Asrolizani.



Friday, August 12, 2011

SARINGAN KUIZ SARJANA RAMADHAN 1432H


Pada hari Jumaat bersamaan 12 Ramadhan 1432H, telah diadakan saringan Kuiz Saringan Sarjana Ramadhan.Seramai 18 orang murid mewakili kelas masing-masing telah mengambil bahagian. Terpampar kesungguhan dan kemahuan pada tiap peserta kuiz. Harapan mereka untuk menjadi antara 2 kelas terbaik untuk mara ke pertandingan akhir yang akan berlangsung Jumaat berikutnya.




Us. Zaki bin Mohd Diah sedang memberi taklimat ringkas sebelum kuiz saringan bermula.


Ust. Masturaini sedang membuat persediaan awal sebelum kuiz bermula.

peserta tekun menjawab soalan-soalan

soalan disemak berulang kali untuk mengelakkan kesalahan


Soalan tertumpu kepada tajuk PUASA serta perkara yang berkaitan dengan situasi dan hukum hakam puasa. Soalan-soalan adalah dalam bentuk objektif, isi tempat kosong, teka silang kata dan lain-lain lagi. Selepas itu peserta di beri pula EJAAN JAWI dimana ustaz Mohd Norhan Mohd Hanif menyebut perkataan dan peserta menulisnya. Ini untuk menguji kemahiran mendengar dan menulis.

Masa diberikan ialah 1 jam 30 minit.

Keputusan akan diumumkan pada hari Isnin semasa perhimpunan pagi.

Bagi yang berjaya TAHNIAH diucapkan dan bersedia untuk pertandingan akhir. Manakala yang tidak berjaya...di harap dapat mencuba lagi di lain waktu.


Monday, August 8, 2011

KUIZ SARJANA RAMADHAN


Sempena bulan Ramadhan kali ini, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Kuiz Sarjana Ramadhan terbuka untuk murid tahun 5. Tiga orang peserta akan dipilih mewakili kelas masing-masing.

Pertandingan ini akan berlangsung sebanyak dua pusingan, iaitu pusingan saringan dan pusingan akhir.

Pusingan saringan akan berlangsung pada hari jumaat, 12 Ogos 2011. Peserta dari setiap kelas akan bertanding sesama sendiri dengan menjawab soalan-soalan dalam bentuk objektif dan subjektif. Soalan berkisar tentang tajuk-tajuk yang terdapat dalam matapelajaran pendidikan islam tahun 1 hingga tahun 5. Manakala soalan subjektif adalah dalam bentuk "EJA JAWI".

Dua kumpulan dengan markah tertinggi akan layak ke pertandingan akhir yang akan berlangsung pada hari RABU, 24 Ogos 2011.

Kuiz akhir lebih mencabar dimana soalan juga termasuk pengetahuan am seperti teka gambar masjid dan tempat, kedudukan negara-negara islam, ejaan jawi dalam bentuk lisan, susun gambar dan lain-lain lagi. Tiap jawapan betul akan mendapat 10 markah.

Kumpulan dengan markah tertinggi akan menjadi pemenang. Di harap para peserta dapat bersedia.

SEMOGA BERJAYA....


MAJLIS PERASMIAN IHYA' RAMADHAN



Perasmian Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 5 Ogos 2011 bersamaan 5 ramadhan 1432H.

Acara dimulakan dengan bacaan yaasin diketuai oleh Us. Abd Haris dan bacaan doa oleh cikgu Shamsul.

tazkirah mubarak disampaikan oleh Ustz Asmaniza


Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelancaran Ihya Ramadhan, perasmian laman blog Panitia Pendidikan Islam SKPP 9(2) dan "Tabung Kasih Kami" oleh Pn Khamisah Noor binti Md Zin Guru Besar SKPP 9(2).


Paparan montaj perasmian Ihya' Ramadhan

persembahan nasyid sempena Ihya' Ramadhan


Segala program yang dirancang adalah dibawah ketentuan Allah jua. Insyaallah doa dan harapan agar semuanya berjalan dengan baik...aminnn...

Buat semua yang memberikan kerjasama, terima kasih diucapkan..hanya Allah yang lebih berhak membalas yang terbaik buat semuanya...TERIMA KASIH..




Wednesday, August 3, 2011

PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM


Pada hari Apresiasi Ramadhan, akan diadakan Pertandingan Busana Muslim terbuka untuk murid tahun 4 dan 5, lelaki atau perempuan.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang tatacara berpakaian islam yang betul dan tepat bersesuaian dengan kehendak syarak. Tidak salah mengikut trend semasa, asalkan cara berpakaian tersebut tidak menyimpang dari garis panduan pemakaian seorang islam samada lelaki khususnya perempuan.

Bagi murid yang berminat boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing kerana mereka akan disaring terlebih dahulu. Seorang wakil sahaja dari tiap -tiap kelas akan diterima.

Keputusan hakim dan juri bakal menentukan pemenang serta dinobatkan Anugerah Pakaian Terbaik Busana Muslim 2011.

Hadiah adalah untuk Johan, Naib Johan dan tempat Ke-3.