Monday, December 24, 2012


SESI PERSEKOLAHAN 2013 AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI. UCAPAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BUAT SEMUA MURID SKPP9(2).


Saturday, September 8, 2012

UPSR 2012



Kepada semua calon UPSR 2012 yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Sept ini, moga berjaya dalam peperiksaan insyallah...

Monday, August 20, 2012

Selamat tinggal Us. Abd Haris dan Us Hamzah


Putrajaya dikejutkan dengan berita kemalangan kereta yang melibatkan guru kami dari SKPP9(1) dan SKPP9(2).
Pada pagi hari Isnin, 30 Julai 2012, bersamaan 10 Ramadhan 1433h, seperti biasa bacaan Yasiin beramai-ramai telah diadakan. Ia merupakan program ramadhan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.
Rakan-rakan guru telah mula tertanya-tanya tentang Us Haris yang selalunya akan turut sama membacakan yasin pada pagi itu. Walaubagaimanapun program diteruskan seperti biasa.

Setelah selesai bacaan yasin, pejabat sekolah mendapat panggilan talifon daripada isteri arwah mengatakan Us Abdul Haris telah terlibat dengan kemalangan dan tidak dapat diselamatkan, Us. Hamzah meninggal di tempat kejadian ( diberitakan di Sabak Bernam ) dan Us. Haris sempat dibawa ke hospital Slim River dan arwah sempat menghubungi isteri Us. Hamzah dan beberapa kenalan.

Setelah itu Us Haris merasa pening dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disitu.

Berita tersebut sangat memberi kesan kepada seluruh warga pendidik di Putrajaya. Rakan guru di sekolah dan sekolah-sekolah berhampiran turut sama pergi ke Hospital Slim River menziarahi dan bersolat jenazah.

Manakala yang lain mengadakan bacaan yaasin untuk arwah.

Doa kami agar Ustaz Abd Haris dan Us Hamzah ditempatkan dengan orang-orang yang soleh. Aminnn.

Wednesday, July 25, 2012

Pelancaran Ihya' Ramadhan 1433h






Pada 23 Julai bersamaan 3 Ramadhan 1433h, telah berlangsung majlis perasmian Ihya' Ramadhan untuk tahun 2012.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin beramai-ramai, diketuai oleh Us. Abd Haris. Majlis kemudiannya dipengerusikan oleh Us. Mohd Zaki bin Mohd Diah.

Gimik pelancaran Ihya' Ramadhan dimulakan dengan perutusan yang dibuat oleh adik Hareez Loqman bin Rostam mengumumkan tarikh pelancaran Ihya' Ramadhan. Seterusnya ucapan Guru Besar sempena pelancaran serta merasmikan Ihya Ramadhan untuk kali ini dengan meletupkan belon sebagai tanda kegembiraan bertemu sekali lagi dengan ramadhan yang sangat ditunggu-tungu.

Alunan kompang kemudiannya menggamatkan suasana menambah keceriaan pada majlis kali ini.

Ucapan terima kasih kepada Pn Hjh Khamisah Noor kerana sudi merasmikan majis pelancaran ihya' Ramadan kali ini, serta guru-guru dan murid-murid yang telah  menjayakan majlis pelancaran ini.



Thursday, May 17, 2012

TERIMA KASIH CIKGU

Buat warga pendidik SKPP 9(2) ucapan Selamat Hari Guru 2012. Moga segala usaha, pengorbanan, tangisan dan titik peluh anda dibalas Allah dengan ganjaran pahala, kebahagiaan dan syurga, aminnn

Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Monday, April 30, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Wilayah





Pada 21 April, MTQ peringkat wilayah telah diadakan di SK Alam Damai KL. Pemenang tempat pertama dan kedua dari kategori masing-masing telah bertanding untuk menentukan wakil untuk ke peringkat kebangsaan.

Saingan untuk tahun 2012 amat sengit dimana ramai bakat-bakat baru telah dapat dicungkil seterusnya membuatkan pertandingan menjadi lebih sengit.

Walaupun begitu adik hareez lukman berjaya menjadi johan acara Tilawah dan akan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuantan. tahniah diucapkan.

Friday, February 24, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Majlis telah dijalankan pada hari Jumaat, 17 februari 2012




.

Acara dimulakan dengan bacaan Yaasin dan bacaan doa. Selepas itu acara diteruskan dengan persediaan murid mengikut kelas oleh guru kelas masing-masing. Taklimat perarakan disampaikan oleh Us Mohd Zaki b. Mohd Diah.

Selepas perarakan jamuan makan kepada semua murid dan guru bertempat di kantin dan dataran perhimpunan.

Acara dewan bermula sejurus rehat makan dengan dimulakan dengan bacaan Al-quran disampaikan oleh Johan tilawah Al-Quran kebangsaan adik Hareez Lokman bin Rostam. Acara diteruskan dengan ucapan YDP PIBG dan Guru Besar.

Alunan selawat beramai-ramai diketuai oleh Us Haris bergema di dewan Baiduri SKPP 9(2) menyemarakkan rasa cinta kepada rasul mulia. Ceramah yang cukup berkesan kemudiannya desampaikan oleh Al fadil Us. Asrolizani. Keberkesanan ceramah beliau dapat dirasai apabila ramai murid dan guru yang berlinangan air mata.

Sejurus selepas itu deklamasi sajak disampaikan oleh Ust Balqis. Penyampaian beliau cukup berkesan.

Seterusnya persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah dibawah bimbingan Us. Abd Haris membuat persembahan.

Akhir sekali penyampaian hadiah disampaikan kepada pemenang. Akhir sekali majlis diakhiri dengan bacaan surah al asr.

Monday, February 13, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H




SKPP9(2) akan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada 17 Februari 2012 bermula jam 7.30pg.

Pelbagai program dan acara telah diatur sejak sebulan yang lalu bagi menyambut kedatangan hari yang penuh bersejarah ini. Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan setinggi penghargaan kepada murid-murid, ibubapa dan semua yang telah memberi sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit dan tenaga bagi menyambut hari tersebut.

Friday, February 3, 2012

Salam Maulidurrasul 1433H



Pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah, kita akan menyambut Mauliddur Rasul SAW.
Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”,

selaras dengan tema Maal Hijrah 1433.

Panitia Pendidikan Islam SKPP9(2) juga telah membuat persediaan dari awal lagi sempena dengan kedatangan Maulidur Rasul pada kali in.

Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, acara Maulidur Rasul akan bermula seminggu lebih awal dengan menampilkan pelbagai aktiviti pra Maulidur Rasul seperti kuiz tahap 2, pertandingan membuat kad ucapan dan lain-lain lagi disamping tazkirah ringkas setiap hari dan bacaan yasin pada hari jumaat.

Moga perancangan yang dirancang akan berjalan dengan baik dan memupuk rasa cinta dan sayang pada Rasullulllah SAW.

Wednesday, February 1, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH


Paniitia Pendidikan Islam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah. Semoga kita menjadi warga wilayah yang maju dan sejahtera.

Friday, January 6, 2012

Minggu Transisis Tahun 1 Pendidikan Islam






Pada hari Jumaat 6 Januari 2012, program transisi tahun 1 sampai pada slot pendidikan islam. Program dimulakan dengan tarian senamrobik diketuai oleh Us. Asrolizani dan Ust Ainani. Murid kelihatan sangat memberi kerjasama disamping kelihatan keterujaan di wajah setiap dari mereka.

Seterusnya program diambil alih oleh Us. Mohd Norhan dengan penyampaian slot berikutnya yang terdiri daripada doa-doa harian yang biasa digunakan di sekolah.
Murid diminta untuk membaca dan mengulang agar dapat diamalkan dengan betul dan baik.

Wednesday, January 4, 2012

KEMBALI KE SEKOLAH 2012





Sesi persekolahan 2012 telah bermula. Murid-murid kelihatan begitu bersemangat untuk memulakan persekolahan kali ini terutama murid tahun 1. Kelihatan ibubapa menunggu anak-anak mereka sekadar untuk memastikan agar perjalanan anak-anak mereka di sekolah berjalan dengan baik dan teratur.

Sekalong tahniah pada semua guru kerana telah menjayakan majlis perhimpunan pagi pada kali ini.

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan semoga berjaya dan menjadi insan cemerlang insyallah.