Friday, April 30, 2010

KAMI DAH CUBA

Ustaz dan Ustazah bertungkus lumus menyiapkan pakaian dan persediaan terakhir peserta.


pasukan kompang sekolah SKPP9(2)

Persediaan sebelum ke pertandingan

Ustaz yang melatih peserta kompang sekolah : Us. Mohd Norhan b. Mohd Hanif

" Kami dah cuba yang terbaik", itu antara kata-kata peserta kompang selawat untuk tahun 2010 selepas mereka menyampaikan persembahan pada hari Khamis 27 April 2010. Apa yang boleh dikatakan ialah persembahan tahun ini lebih mantap dan semakin baik. Diharap pada tahun-tahun akan datang pasukan kompang akan lebih mantap lagi.
Strategi pemantapan aktiviti-aktiviti seperti ini telah dikemas kini dari semasa ke semasa dan diharap segala usaha akan membuahkan hasil.
Pasukan kompang SKPP9(2) telah mendapat tempat ke-4. Walaubagaimana pun keberanian dan keyakinan peserta kompang harus dipuji. Walau terdapat banyak sekolah yang tidak sanggup dan menarik diri dari pertandingan, tetapi SKPP 9(2) masih ingin mencuba...TAHNIAH sebab sanggup untuk turut serta
.

Ucapan terima kasih buat seluruh warga pai skpp9(2) USTAZ dan USTAZAH yang bersama-sama melatih peserta kompang selawat, yang telah banyak memberikan pertolongan dalam apa jua bentuk pertolongan. Buat Ketua Panitia Ust. Hasyimah, sekalung penghargaan diatas keprihatinan ust. dalam semua aktiviti yang melibatkan aktiviti pendidikan islam.





Tuesday, April 20, 2010

FESTIVAL NASYID PUTRAJAYA 2010


Ucapan pengerusi majlis..


Us. Abd Haris bertanggungjawab memimpin kumpulan nasyid SKPP9(2)


Tempat ke-3 pertandingan nasyid 2010





Pada hari selasa, 20 April 2010 telah diadakan Festival Nasyid Sekolah- Sekolah Putrajaya untuk kategori sekolah rendah dan menengah. Sebanyak 16 sekolah telah mengambil bahagian. Secara umumnya pertandingan kali ini agak sengit dengan persembahan mantap dari semua sekolah yang terlibat.
Alhamdulillah sekolah SKPP9(2) juga telah memberi persembahan yang mantap. Kumpulan nasyid SKPP9(2) dibawah pimpinan Us. Abd. Haris telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan
.

Saturday, April 17, 2010

KEM BESTARI SOLAT - kami seronok

Alhamdulillah KBS dapat dijalankan dengan baik. Daripada riaksi dan komen daripada murid-murid mereka sangat seronok dan merasa KBS kali ini lebih berkesan. Tahniah kepada Ust. Asmida selaku penyelaras j-QAF yang baru, dapat mengubah teknik KBS pada tahun ini menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan...

Pendaftaran murid-murid

Murid berkumpul di dataran sebelum ke kaunter masing-masing.

Kaunter 1 : Tayangan Video - Wudu' dan Solat.

Kaunter 2 : Latihan membaca bacaan wudu' dan solat.

Kaunter 3 : Amali Wudu' dan Solat

Murid dipantau secara individu semasa mengambil wudu' dan solat.



Kaunter 4 : Penilaian berkumpulan.


Murid di uji bacaan dalam wudu' dan solat. Keberkesanan pembelajaran semasa KBS dapat diketahui secara terperinci.

.Terima kasih Ustaz dan ustazah.....

Kami akan amalkannya di rumah.....

BERJUMPA DI SIRI 2....


Tuesday, April 13, 2010

KEM BESTARI SOLAT Siri 1



Makluman :

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : SKPP 9(2)
Sasaran : Murid Tahun 1, 2, 3 dan 4.

KHEMAH IBADAH TAHUN 6


Khemah Ibadah murid Tahun 6 telah diadakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 April yang lalu. Majlis dimulakan dengan pendaftaran murid_murid. Seramai 161 orang murid telah mengambil bahagian....pada sebelah malam selepas maghrid murid-murid bersama ibubapa dan guru-guru membaca yaasin diketuai oleh imam satu Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin. Majlis diakhiri dengan slot Us. Safwan.











Tarikh : 16 April 2010
Masa : 3 :00 Petang
Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Terima Kasih






Masjid Al-Syakirin,KLCC, telah menyumbangkan 300 buku Iqra kepada sekolah. Pihak sekolah khususnya Panitia Pendidikan Islam SKPP9(2) mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan tersebut yang telah dismpaikan oleh Tuan Hj. Syaarani bin Ahmad. Maklum balas daripada guru-guru, Ustaz dan Ustazah mendapati ia banyak dapat membantu memudahkan pembelajaran murid-murid sewaktu belajar.