Friday, October 4, 2013

PKSR 2

PADA 8 Oktober 2013 akan berlangsung PKSR 2. Panitia Pendidikan islam mengucapkan semoga berjaya.


PROGRAM PENGHAYATAN SOLAT TAHUN 6


Pada 1 Oktober Panitia  Pendidikan Islam telah mengadakan Program Penghayatan Solat Tahun 6. Program telah diadakan di bilik audio visual. 
Program di bahagikan kepada 3 sesi. 
Sesi pertama : pendahuluan. Murid didedahkan dengan kepentingan solat. Sesi disampaikan oleh Us. Asad.


Sesi ke-2 ialah sesi pemantapan bacaan solat disampaikan oleh Us. Mohd Norhan.


sesi ke-3 ialah sesi amali dimana murid dibahagikan dalam kumpulan kecil.




Monday, September 30, 2013

APA ITU FROG



Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.


Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu!

untuk maklumat lanjut boleh : https://www.youtube.com/watch?v=JpdskA_Wrro

                                            https://www.facebook.com/paiskppsembilandua.putrajaya

MEMPERKENALKAN FROG

Perjalanan Frog anda bermula dengan 1BestariNet Yes ID yang unik, yang membolehkan anda mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya Frog serta banyak lagi! 
FROG VLE

Frog VLE log in
https://www.yes.my/v3/1bestarinet.do

dan tekan log in
pastikan ada id dan kata laluan dahulu...

HARI GURU 2013

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru di Malaysia dan Khusus buat guru-guru di SKPP9(2).





PROGRAM AWAL REMAJA


Program Awal Remaja anjuran Panitia Pendidikan Islam bersama Kaunseling telah diadakan untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada 22 Mei 2013.
Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid tentang tanggungjawab dan peranan mereka di rumah, sekolah dan masyarakat.
Sesi telah diadakan dalam dua kumpulan, lelaki dan perempuan. Program dibahagikan kepada 3 Slot Utama iaitu : 1. Maklumat umum tentang Tanggungjawab di sekolah. 2. Sebab dan Cara mandi wajib 3. soaljawab.

Walaubagaimanapun sesi khas akan diadakan untuk murid tahun 6 pada bulan Oktober nanti.




kem bestari solat SIRI 1


KEM BESTARI SOLAT telah diadakan pada 20 Mac lalu untuk murid tahun 4, 5 dan 6.




PENGUBAH SUAIAN BILIK JQAF


Tidak lama lagi bilik Jqaf akan berubah wajah menjadi bilik mesra murid, dimana pelbagai kemudahan khas untuk kegunaan murid-murid membaca al-quran dan sesi pengajaran pendidikan islam dan bahasa arab menggunakan sepenuhmya ICT.