Thursday, September 2, 2010

SAYONARA....







Seramai empat orang Guru Praktikum untuk sesi 2010 telah menamatkan tugasan mereka di sekolah kami . Semoga pengalaman yang ditimba selama berada disekolah ini menjadi pemangkin untuk mereka melangkah lebih jauh dunia perguruan yang mulia ini. Semoga menjadi GURU yang berjiwa GURU...! Teruskan Perjuangan!


Sunday, August 8, 2010

Isra` Mikraj 2010

KEM BESTARI SOLAT 2010

Puji dan syukur kepada Allah swt , dengan izinNya jua pihak Panitia Pendidika Islam SKPP9(2) dalam melaksanakan Program Kem Bestari Solat bagi sesi 2010. Sehingga setakat ini, sebanyak 3 fasa telah dilaksanakan dan berbaki satu lagi fasa KBS yang akan dilaksanakan selepas raya.
Semoga usaha kami dalam melahirkan generasi yang menghayati solat dapat direalisasikan dengan adanya program sebegini.

Selamat datang RAMADHAN


.

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah


Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
kami pintakan maaf setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi
Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan saya.
Bagi yang melaksanakannya, saya ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.


Marhaban ya Ramadhan...
Mohon maaf lahir dan bathin
Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita
Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita



Jika hati sejernih air , jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAM..


mari kita sambut ramadhan dengan kebersihan hati
barangkali ada prasangka pernah terbersit
ada kata salah terucap
dan ada tingkah laku yang kurang berkenan
sekali lagi kami memohon maaf..

Tuesday, July 20, 2010

Sambutan israk mikraj 2010






Pada 16 Julai 2010 yang lalu Panitia Agama Islam telah menganjurkan Majlis sambutan Israk dan Mikraj. Tema pada tahun ini ialah "PENGHAYATAN ISRAK DAN MIKRAJ PENJANA mODAL INSAN BERKUALITI" . Pelbagai acara dan aktiviti telah dijalankan untuk murid dan guru.


Majlis telah berjalan dalam dua sesi, sesi tahun Pra sekolah, satu dan dua, dan sesi dua tahun 3 hingga 5.

Ceramah untuk sesi pertama telah disampaikan oleh ust. Adilah binti Md Nor dan sesi kedua disampaikan oleh ust Rosmarina.

Majlis juga diserikan dengan bacaan Al-Quran oleh adik Haris dan penyampaian nasyid serta kuiz..

Pada sambutan kali ini ceramah menekankan betapa kepentingan solat didalam diri setiap muslim...di samping menanam sifat tanggungjawab dalam diri murid-murid.

Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PKSR 1


Pada 17 Mei hingga 21 Mei akan diadakan PKSR 1. Sepuluh murid terbaik keseluruhan untuk setiap tahun akan mendapat hadiah berupa wang tunai RM**. Diharap murid-murid dapat mengulangkaji pelajaran dan berusaha bersungguh-sungguh.
SEMOGA BERJAYA....

Friday, April 30, 2010

KAMI DAH CUBA

Ustaz dan Ustazah bertungkus lumus menyiapkan pakaian dan persediaan terakhir peserta.


pasukan kompang sekolah SKPP9(2)

Persediaan sebelum ke pertandingan

Ustaz yang melatih peserta kompang sekolah : Us. Mohd Norhan b. Mohd Hanif

" Kami dah cuba yang terbaik", itu antara kata-kata peserta kompang selawat untuk tahun 2010 selepas mereka menyampaikan persembahan pada hari Khamis 27 April 2010. Apa yang boleh dikatakan ialah persembahan tahun ini lebih mantap dan semakin baik. Diharap pada tahun-tahun akan datang pasukan kompang akan lebih mantap lagi.
Strategi pemantapan aktiviti-aktiviti seperti ini telah dikemas kini dari semasa ke semasa dan diharap segala usaha akan membuahkan hasil.
Pasukan kompang SKPP9(2) telah mendapat tempat ke-4. Walaubagaimana pun keberanian dan keyakinan peserta kompang harus dipuji. Walau terdapat banyak sekolah yang tidak sanggup dan menarik diri dari pertandingan, tetapi SKPP 9(2) masih ingin mencuba...TAHNIAH sebab sanggup untuk turut serta
.

Ucapan terima kasih buat seluruh warga pai skpp9(2) USTAZ dan USTAZAH yang bersama-sama melatih peserta kompang selawat, yang telah banyak memberikan pertolongan dalam apa jua bentuk pertolongan. Buat Ketua Panitia Ust. Hasyimah, sekalung penghargaan diatas keprihatinan ust. dalam semua aktiviti yang melibatkan aktiviti pendidikan islam.





Tuesday, April 20, 2010

FESTIVAL NASYID PUTRAJAYA 2010


Ucapan pengerusi majlis..


Us. Abd Haris bertanggungjawab memimpin kumpulan nasyid SKPP9(2)


Tempat ke-3 pertandingan nasyid 2010





Pada hari selasa, 20 April 2010 telah diadakan Festival Nasyid Sekolah- Sekolah Putrajaya untuk kategori sekolah rendah dan menengah. Sebanyak 16 sekolah telah mengambil bahagian. Secara umumnya pertandingan kali ini agak sengit dengan persembahan mantap dari semua sekolah yang terlibat.
Alhamdulillah sekolah SKPP9(2) juga telah memberi persembahan yang mantap. Kumpulan nasyid SKPP9(2) dibawah pimpinan Us. Abd. Haris telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan
.

Saturday, April 17, 2010

KEM BESTARI SOLAT - kami seronok

Alhamdulillah KBS dapat dijalankan dengan baik. Daripada riaksi dan komen daripada murid-murid mereka sangat seronok dan merasa KBS kali ini lebih berkesan. Tahniah kepada Ust. Asmida selaku penyelaras j-QAF yang baru, dapat mengubah teknik KBS pada tahun ini menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan...

Pendaftaran murid-murid

Murid berkumpul di dataran sebelum ke kaunter masing-masing.

Kaunter 1 : Tayangan Video - Wudu' dan Solat.

Kaunter 2 : Latihan membaca bacaan wudu' dan solat.

Kaunter 3 : Amali Wudu' dan Solat

Murid dipantau secara individu semasa mengambil wudu' dan solat.



Kaunter 4 : Penilaian berkumpulan.


Murid di uji bacaan dalam wudu' dan solat. Keberkesanan pembelajaran semasa KBS dapat diketahui secara terperinci.

.Terima kasih Ustaz dan ustazah.....

Kami akan amalkannya di rumah.....

BERJUMPA DI SIRI 2....