Saturday, February 22, 2014

Pertandingan MTQ Peringkat SKPP 9(2)







Insya Allah Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Pertandingan MTQ peringkat sekolah pada 27 Februari 2014 bermula jam 10.30 pagi.

Pertandingan yang akan dipertandingkan ialah :
    1. Azan
    2. Bercerita
    3. Hafazan
    4. Nasyid solo
    5. Tilawah Al-Quran

Lokasi dan tempat pertandingan akan diadakan di bilik Audio visual, Dewan, Surau, Bilik J-Qaf 2( KULIIAH US. HARIS ) dan bilik J-qaf 1.

Pertandingan terbuka kepada semua murid tahun 4 hingga 6.



Sunday, February 9, 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH




Program Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2014 telah diadakan pada 24 Januari 2014 hari jumaat bertempat di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) 


.Program ini dijalankan bertujuan untuk menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada rasulullah(saw) dikalangan warga  SKPP9(2) khususnya  para pelajar.
Diantara objektif Program Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah supaya warga SKPP9(2) khususnya pelajar dapat menghayati dan mencontohi  perjuangan  rasulullah (saw), mengukuhkan keimanan mereka  dan memberi  kesedaran tentang betapa pentingnya kelahiran baginda  saw kepada dunia ini.
Program bermula pada jam 7.30 pagi hari jumaat di mana semua pelajar berkumpul di dataran sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Norhan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Mohd Zaki.
Pada pukul 8.00 pagi perarakan berbaris mengikut kelas masing-masing. Guru yang bertugas membuat penilaian dan memberi markah  kepada pelajar yang merekacipta sepanduk yang terbaik. Kemudian, perarakan bermula dan  diketuai oleh Ustaz Mohd Zaki, diikuti oleh para guru dan pelajar sambil berselawat kepada nabi Muhammad(saw). Para pelajar begitu bersemangat mengikuti perarakan  sambil membawa sepanduk yang dihias dengan begitu cantik mengikut tahun masing-masing.


Pada jam 9.00 pagi, para pelajar berkumpul semula di dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi bin Ahmad. Ceramah yang disampaikan penuh bersemangat serta menarik minat pelajar.


Selepas slot ceramah, semua warga SKPP9(2) berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Ustaz Asrolizani. Selepas bacaan solat, pelajar dikehendaki ke kantin untuk menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah. majlis penyampaian hadiah bagi pemenang perarakan dan rekabentuk sepanduk diadakan pada minggu berikutnya.Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

Monday, February 3, 2014

Inovasi guru Pendidikan Islam ; MOHD NORHAN BIN MOHD HANIF

ALHAMDULILLAH pada 14 November 2013, Us Mohd Norhan bin Mohd Hanif telah memenangi tempat ke-2 Pertandingan Inovasi guru-guru Wilayah Persekutuan Putrajaya.

sijil pencapaian


hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Putrajaya Tn. Hj Jamaluddin

Beliau telah memenangi wang tunai RM700 dan juga Sijil Penyertaan.

Tajuk Inovasi : PAPAN PERMAINAN APLIKASI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM.

TAHNIAH DIUCAPKAN

TAHNIAH - KETUA PANITIA SESI 2014



Bermula tahun 2014, ketua Panitia Pendidikan Islam telah bertukar kepada Ust. Rosmina binti Acbu Bakar. Moga tahun yang mendatang membawa lebih kejayaan.