Thursday, December 29, 2011

Hari Orientasi Tahun 1 2012






Pada 29 disember telah diadakan program orientasi untuk murid tahun 1 sesi 2012.
Kelihatan ramai ibubapa bersama anak-anak mereka cukup teruja untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa seterusnya taklimat ringkas dari Guru Besar di dataran perhimpunan. Murid kemudiannya masuk ke kelas masing-masing bersama guru kelas.

Ibubapa beredar ke dewan untuk program seterusnya.

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat datang ke SK Putrajaya Presint 9(2). Semoga kejayaan cemerlang anda bermula disini.

Monday, December 26, 2011

Orientasi tahun 1 2012




MAKLUMAN :

Hari Orientasi Murid Tahun 1
bagi sesi persekolahan 2012 akan dijalankan pada 29 Disember 2011.

Panitia Pendidikan Islam mengalu-alukan kedatangan anda sekalian.

Wednesday, December 21, 2011

Mesyuarat Panitia Pendidkan Islam


Pada 21 Disember 2011 Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Mesyuarat Kali Pertama untuk sesi 2012 dipengerusikan oleh Ketua Panitia Baru Us Mohd Norhan bin Mohd Hanif. Ust. Nor Ainani pula dilantik sebagai Setiausaha Panitia pada kali ini. Ketua bahagian dakwah pula akan diketuai oleh Us. Zaki bin Md Diah dan Ust. Rosmina sebagai setiausaha.

Pelbagai isu dibincangkan agar program yang akan dijalankan pada 2012 akan lebih tersusun dan lancar.

Tuesday, December 20, 2011

Mesyuarat guru SKPP 9(2) sesi 2012

Pada 19 hingga 22 Disember Mesyuarat Guru Kali -1 untuk sesi 2012 telah diadakan. Pelbagai perkara telah dibincangkan agar sesi tahun baru kali ini lebih baik.

Guru besar Pn Khamisah Noor binti Mad Zain mengucapakan tahniah dan terima kasih diatas usaha dan penat lelah guru pada tahun 2011 diatas kejayaan-kejayaan murid-murid memenangi pelbagai anugerah dan hadiah sehingga mewakili Putrajaya ke peringkat kebangsaan. Kami sangat berbangga dengan kejayaan ini.

Pelantikan Ketua Panitia 2012

Pada sesi baru 2012, Us. Mohd Norhan bin Mohd Hanif telah dilantik menjadi Ketua Panitia Pendidikan Islam yang baru menggantikan Ust. Zamzilawati binti Che' Kob yang telah berpindah ke sekolah baru.

Segala jasa dan bantuan daripada Ust Zamzilawati kami ucapkan ribuan terima kasih. Didoakan agar dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu..amin.