Friday, April 30, 2010

KAMI DAH CUBA

Ustaz dan Ustazah bertungkus lumus menyiapkan pakaian dan persediaan terakhir peserta.


pasukan kompang sekolah SKPP9(2)

Persediaan sebelum ke pertandingan

Ustaz yang melatih peserta kompang sekolah : Us. Mohd Norhan b. Mohd Hanif

" Kami dah cuba yang terbaik", itu antara kata-kata peserta kompang selawat untuk tahun 2010 selepas mereka menyampaikan persembahan pada hari Khamis 27 April 2010. Apa yang boleh dikatakan ialah persembahan tahun ini lebih mantap dan semakin baik. Diharap pada tahun-tahun akan datang pasukan kompang akan lebih mantap lagi.
Strategi pemantapan aktiviti-aktiviti seperti ini telah dikemas kini dari semasa ke semasa dan diharap segala usaha akan membuahkan hasil.
Pasukan kompang SKPP9(2) telah mendapat tempat ke-4. Walaubagaimana pun keberanian dan keyakinan peserta kompang harus dipuji. Walau terdapat banyak sekolah yang tidak sanggup dan menarik diri dari pertandingan, tetapi SKPP 9(2) masih ingin mencuba...TAHNIAH sebab sanggup untuk turut serta
.

Ucapan terima kasih buat seluruh warga pai skpp9(2) USTAZ dan USTAZAH yang bersama-sama melatih peserta kompang selawat, yang telah banyak memberikan pertolongan dalam apa jua bentuk pertolongan. Buat Ketua Panitia Ust. Hasyimah, sekalung penghargaan diatas keprihatinan ust. dalam semua aktiviti yang melibatkan aktiviti pendidikan islam.





No comments:

Post a Comment