Wednesday, August 31, 2011

HARI APRESIASI RAMADHAN






Pada hari Jumaat 28 Ramadhan 1432H, telah diadakan upacara penutup program panitia pendidikan islam HARI APRESIASI RAMADHAN.

Majlis bermula dengan bacaan yaasin dan doa. Seterusnya majlis dipengerusikan oleh Ustazah Hashimah binti Yusuf.

Murid yang telah tepilih dari setiap kelas memperagakan pakaian masing-masing.

Majlis kemudiannya didendangkan dengan nasyid dari kumpulan murid perempuan yang baru ditubuhkan di bawah kelolaan Us Abd Haris.

Seterusnya penyampaian sumbangan murid kurang berkemampuan dan yatim piatu telah disampaikan oleh GPK 1 Pn Roslina.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah program-program yang telah dijalankan semasa bulan ramadhan.

Tidak ketinggalan pengumuman kejutan hadiah untuk pemenang pakaian guru paling menawan. Pemengan guru lelaki jatuh kepada Cikgu Ifzad Adeli dan Guru perempuan Cikgu Hamidah. Tahniah diucapkan...

Hari Apresiasi Ramadhan berakhir dengan semua murid bersalaman dengan guru.

Dengan itu berakhirlah sudah program ramadhan 1432H. Saya Mohd Norhan bin Mohd Hanif dan Ustz Nurul Ainani selaku pengarah program mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.Moga berjumpa di tahun hadapan insyallah. Harapan agar amalan ramadhan kita diterima Allah..aminnn....

No comments:

Post a Comment