Monday, August 8, 2011

KUIZ SARJANA RAMADHAN


Sempena bulan Ramadhan kali ini, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Kuiz Sarjana Ramadhan terbuka untuk murid tahun 5. Tiga orang peserta akan dipilih mewakili kelas masing-masing.

Pertandingan ini akan berlangsung sebanyak dua pusingan, iaitu pusingan saringan dan pusingan akhir.

Pusingan saringan akan berlangsung pada hari jumaat, 12 Ogos 2011. Peserta dari setiap kelas akan bertanding sesama sendiri dengan menjawab soalan-soalan dalam bentuk objektif dan subjektif. Soalan berkisar tentang tajuk-tajuk yang terdapat dalam matapelajaran pendidikan islam tahun 1 hingga tahun 5. Manakala soalan subjektif adalah dalam bentuk "EJA JAWI".

Dua kumpulan dengan markah tertinggi akan layak ke pertandingan akhir yang akan berlangsung pada hari RABU, 24 Ogos 2011.

Kuiz akhir lebih mencabar dimana soalan juga termasuk pengetahuan am seperti teka gambar masjid dan tempat, kedudukan negara-negara islam, ejaan jawi dalam bentuk lisan, susun gambar dan lain-lain lagi. Tiap jawapan betul akan mendapat 10 markah.

Kumpulan dengan markah tertinggi akan menjadi pemenang. Di harap para peserta dapat bersedia.

SEMOGA BERJAYA....


No comments:

Post a Comment