Thursday, August 18, 2011

Mini Jualan Ramadhan

Kemeriahan Ramadhan di SKPP 9(2) berterusan dengan Mini Jualan Ramadhan yang bertempat di bilik guru SKPP 9(2). Pelbagai barangan terdapat untuk jualan seperti sos masakan, buku-buku bercorak keislaman, kuih raya, kerepek, air kordial dan lain-lain lagi. Jualan akan berlangsung selama ramadhan kali ini.

Ramai guru yang tidak melepaskan peluang untuk melihat barangan yang terdapat di sana. Apabila di tanya kepada sebahagian guru yang membeli barangan di Mini Jualan Ramadhan, rata-rata memberikan sebab mudah, murah dan tidak perlu bersesak-sesak di tempat-tempat jualan di luar untuk mendapatkan barangan untuk hari raya nanti.





No comments:

Post a Comment