Sunday, August 21, 2011

KUIZ SARJANA RAMADHAN 1432H AKHIR






Pertandingan akhir Kuiz Sarjana Ramadhan yang berlangsung pada hari jumaat 19 Ogos yang lalu telah berlangsung di bilik audio visual SKPP 9(2).

Peserta daripada kelas 5 Cendikiawan dan 5 Dedikasi telah berjaya ke pusingan akhir.

Pada pusingan awal, peserta kelas 5C telah mendahului, walaubagaimanapun peserta kelas 5D dapat menjawab dengan tepat di dalam pusingan pantas jawi.

Peserta kelas 5C kemudiannya cuba untuk mengejar dan mereka dapat menyamakan kedudukan semasa pusingan aktiviti berkumpulan. Perasaan gemuruh menyebabkan peserta 5D ketinggalan.


Akhirnya keputusan di adili dengan pusingan cepat jawab. Peserta ditanya soalan-soalan tentang pengetahuan am. Ternyata peserta kelas 5C lebih dahulu menjawab dengan cepat dan tepat.

Akhirnya kelas 5C menjuarai Kuiz Sarjana Ramadhan 1432H. Bagi peserta kelas 5D usaha dan kesungguhan mereka semasa kuiz tersebut harus dipuji...Tahniah diucapkan..
.

No comments:

Post a Comment