Friday, August 12, 2011

SARINGAN KUIZ SARJANA RAMADHAN 1432H


Pada hari Jumaat bersamaan 12 Ramadhan 1432H, telah diadakan saringan Kuiz Saringan Sarjana Ramadhan.Seramai 18 orang murid mewakili kelas masing-masing telah mengambil bahagian. Terpampar kesungguhan dan kemahuan pada tiap peserta kuiz. Harapan mereka untuk menjadi antara 2 kelas terbaik untuk mara ke pertandingan akhir yang akan berlangsung Jumaat berikutnya.




Us. Zaki bin Mohd Diah sedang memberi taklimat ringkas sebelum kuiz saringan bermula.


Ust. Masturaini sedang membuat persediaan awal sebelum kuiz bermula.

peserta tekun menjawab soalan-soalan

soalan disemak berulang kali untuk mengelakkan kesalahan


Soalan tertumpu kepada tajuk PUASA serta perkara yang berkaitan dengan situasi dan hukum hakam puasa. Soalan-soalan adalah dalam bentuk objektif, isi tempat kosong, teka silang kata dan lain-lain lagi. Selepas itu peserta di beri pula EJAAN JAWI dimana ustaz Mohd Norhan Mohd Hanif menyebut perkataan dan peserta menulisnya. Ini untuk menguji kemahiran mendengar dan menulis.

Masa diberikan ialah 1 jam 30 minit.

Keputusan akan diumumkan pada hari Isnin semasa perhimpunan pagi.

Bagi yang berjaya TAHNIAH diucapkan dan bersedia untuk pertandingan akhir. Manakala yang tidak berjaya...di harap dapat mencuba lagi di lain waktu.


No comments:

Post a Comment