Wednesday, August 3, 2011

PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM


Pada hari Apresiasi Ramadhan, akan diadakan Pertandingan Busana Muslim terbuka untuk murid tahun 4 dan 5, lelaki atau perempuan.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang tatacara berpakaian islam yang betul dan tepat bersesuaian dengan kehendak syarak. Tidak salah mengikut trend semasa, asalkan cara berpakaian tersebut tidak menyimpang dari garis panduan pemakaian seorang islam samada lelaki khususnya perempuan.

Bagi murid yang berminat boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing kerana mereka akan disaring terlebih dahulu. Seorang wakil sahaja dari tiap -tiap kelas akan diterima.

Keputusan hakim dan juri bakal menentukan pemenang serta dinobatkan Anugerah Pakaian Terbaik Busana Muslim 2011.

Hadiah adalah untuk Johan, Naib Johan dan tempat Ke-3.

No comments:

Post a Comment