Saturday, August 13, 2011

Aktiviti Zuhur


Selepas waktu persekolahan pada jam 1.15 petang, murid-murid dan guru-guru tidak ketinggalan mengimarahkan surau dengan solat Zuhur berjemaah. Setiap hari ruang surau penuh dengan kehadiran murid-murid dan guru-guru yang tidak mahu ketinggalan untuk solat berjemaah bersama-sama.
Selepas solat Zuhur, tazkirah pendek yang disampaikan oleh ustaz-ustaz menarik minat ramai murid dan guru. Tazkirah yang disampaikan sangat menarik dan berinformasi. sesi soal jawab juga diadakan untuk merungkai persoalan dan permasalahan tentang puasa.




ruang solat sentiasa penuh....


Ustaz Zaki dengan cara beliau yang tersendiri, tazkirah beliau sentiasa dinantikan oleh murid dan guru.


antara guru yang hadir untuk solat berjemaah sedang mendengar tazkirah dari Ustaz Asrolizani.



No comments:

Post a Comment