Friday, March 12, 2010

Cuti Sekolah Datang Lagi....


Hari Jumaat ramai murid tersenyum gembira apabila ditanya esok hari apa.Jawapannya adalah sama, hari untuk bercuti...
Guru-guru pendidikan islam ingin mengucapkan selamat bercuti dan ini ada beberapa tip untuk mengisi masa cuti bagi yang tercari-cari apa nak buat...

Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah :-

* Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

* Pergi melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama. Kalau kurang mampu, pergi sahaja berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.

* Bersukan atau bermain bersama atau belajar bermain permainan tradisional.

*Menonton cerita bersama-sama keluarga. Apabila menonton televisyen bersama, berbincang tentang pengajaran cerita atau rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.

* Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

* Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, pergilah ke sana dan tanamkan tabiat suka membaca

* Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama ibubapa,pilih sebarang tajuk dan adalah baik sekiranya dapat dikumpul maklumat tersebut dengan teratur agar dapat mencipta perpustakaan internet sendiri didalam komputer anda.

* Menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan

MOGA-MOGA KITA DAPAT MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH KALI INI DENGAN BAIK...

No comments:

Post a Comment